selamat datang

Khamis, 31 Disember 2015

ByE 2015, welCome 2016!

Assalamualaikum wbt.

Post ini merupakan post terakhir aku untuk tahun 2015.

Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Pergi dengan pelbagai kenangan. Ye aku akan melangkah ke fasa 24 tahun untuk beberapa jam saja lagi. 23 tahun 11 bulan 25 hari (dalam kiraan masihi, mungkin kalau kiraan hijriah aku sudah hampir menjangkau ke fasa 24 tahun plus2 huhu) aku hidup bersandarkan dnegan rahmat dan kasih sayang Allah. Selama itu jugaklah betapa banyaknya aku berhutang dengan Allah swt. 'Berhutang' kerana aku tidak membalas setimpal dengan apa yang aku dapat dariNya. Terlalu banyak kekurangan yang mencelakan perjalanan hidupku sepanjang tempoh tersebut. Terlalu banyak. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk diriku. Tetapi aku selalu leka untuk menjadi yang terbaik kepada Penciptaku. Aku seringkali lupa Dia menginginkan aku sentiasa menjadi yang terbaik di dunia agar dapat meraih keredhaanNya agar Dia dapat mengganjarkan sesuatu yang tidak ternilai di Akhirat sana kepada aku. Ya, aku seringkali lupa perkara tersebut. Sebaliknya, aku seringkali hidup sekadar hidup. Hidup mengikut arus pergerakkan masa. Kadang2 aku alpa. Kadang2 aku lupa. Kadang2 aku abaikan kalam cintaNya. Aku manusia biasa. Yang rapuh imannya. Mendatang dan mencari bila merasa diri begitu sakit dengan ujian dunia. Meratap merayu apabila menginginkan sesuatu. Pergi dan berlalu apabila Dia datangkan sedikit ketenangan. Aku masih alpa di situ. Kadang2 aku juga mempertikaikan takdir. Mengeluh dengan jalan hidupku. Resah gelisah dengan ujian yang mendatang. Aku sering lupa ujian itu tanda rindu. Rindu yang diutuskan. Utusan rindu si Dia untuk mendengar ratapan dan rayuanku kepadaNya. 

Untuk tahun 2015, aku bersyukur Dia kerana Dia masih hadirkan aku orang2 yang banyak membantu aku untuk terus kuat mencintai diriNya. Dia masih meminjamkan dua orang kesayanganku untuk terus berada di sisiku. Untuk memberi kasih sayang dan teguran kepada ku. Dia masih meminjamkan aku adik beradik yang masih bersatu. Dia sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang kepada aku dan keluargaku. Dia hadirkan juga kepada ku bestfriends yang selalu memberi semangat dan membuat hari-hari aku sentiasa ceria... (tetiba ada orang kacau aku menulis...so xleh nak go on.. kena stop sini je dulu...potong betul laaa..baru duk syok2 berangan dan share pahit manis 2015...erghhhh...k bye.. kalau aku rajin aku sambung tahun depan plak)