selamat datang

Jumaat, 15 Januari 2016

My last day Of Degree Life Journey

Assalamualaikum..


15 Januari 2016. Berakhir sudah sem ke-7 aku berada di USM nih. Sayang untuk meninggalkan bumi minden ini tidak terkata. Terlalu banyak kenangan yang aku lakarkan sepanjang 3 1/2 di sini. Terlalu banyak pahit manis yang aku lalui sepanjang hidup aku di sini. Pelbagai perkara yang aku hadapi untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian aku di sini. Kalau dahulu aku hanya bermimpi untuk menjejakkan kaki ke menara gading, kini aku juga seperti masih bermimpi bahawa aku telah hampir ke pengakhirannya. Seandainya dahulu apabila aku mendengar orang menyebut "puncak menara gading", aku membayangkan betapa hebatnya tempat itu, betapa tingginya pencapaian yang aku perlu  ada untuk menjejakkan kaki di tempat itu. Dan juga betapa sukarnya untuk aku gapai mimpi menawan puncak itu. Ya. Benar. Betapa sukar aku berusaha untuk sampai ke puncak menara gading ini. Melalui jalan sukar yang penuh liku, barulah aku berpeluang untuk menjejakkan kaki aku di sini. Selama aku berada di sini, terasa begitu lama untuk menghabiskan pengajian. Namun, hari ini hati aku seperti meronta-ronta untuk tidak meninggalkan tempat ini. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan di menara gading ini. 
Terlalu banyak.

Khamis, 7 Januari 2016

Depa!

Assalamualaikum semua... 7 januari 2016...

Entri ni saja ja nak perkenal sikit orang yang banyak support aku kat Uni ni... walau depa tak support secara materealistik tapi sipport secara moral sudah sangat bermakna untuk aku.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


Nanti kalau dah berpisah mesti aku tak rindu langsung kat depa nih.. malaih la nak rinduuuu....

sincerly, 
seorang Zalikha