selamat datang

Jumaat, 4 Mac 2016

Al-kisah kelas RELIEF

Assalamualaikum.

Nak bercerita pengalaman hari ni boleh?
Sebelum tu, sat..... dah sebulan 4 hari aku menjalani latihan mengajar. Syukur. Cepat sungguh masa berlalu.

Al-kisahnya hari ini ialah kelas RELIEF atau Kelas ganti yang mana aku perlu menggantikan waktu guru yang sedang bercuti. Hari ini aku dapat kelas 5S6. Kalau mengikut perkiraan, kelas sudah hampir kebelakang.

Yang nak dijadikan cerita berkaitan kelas ini ialah, 2 minggu yang lepas aku telah masuk ke kelas ini juga untuk menggantikan guru yang sedang cuti. Pada hari tu, Allah je yang tahu perasaan aku. Kalau ingatkan balik, nak gelak pon iya jugak. Cuba kau bayangkan, aku masuk je kelas, pelajar takde dalam kelas. hahah... Mula2 aku terkejutlah jugak. Tapi tunggu jugak sat sebab fikir sebelum tu form5 ada perjumpaan kat dewan besar sekolah. Kemudian masuk beberapa orang pelajar lelaki. Depa menyanyi, cakap kuat2, hentak2 kerusi, buat2 bergaduh dengan kawan. Seriously, bagi aku perangai depa sangat ganas dan nakal. Dalam hati aku duk mengutuk diri sendiri. kalaulah sepanjang aku latihan mengajar aku kena ambek kelas ni, memang konfirm aku boleh jadi gila. Ada beberapa orang pelajar dalam kelas ni fizikal mereka agak kasar dan membuatkan aku rasa kerdil gila bila depa bersuara kuat dengan lagak berjalan yang ala2 gangster. hahahah... zaman la, cikgu pulak yang menikus takut tengok student lagu tu. Bukan student yang nak takut kat cikgu. Aku rasa sangat2 GAGAL hari tu untuk mengawal kelas tersebut sehinggakan aku rasa serik nak masuk lagi ke kelas depa. Setiap kali aku free, aku selalu doa aku tak dapat lagi relief kelas tu. Aku takut dooo...


TAPI..... hari ni Allah saja nak uji aku lagi. Allah mungkin nak bagi jawapan kenapa depa haritu jadi lagutu. So, hari ni orang ofis bawak mai borang relief. Tengok2 je borang tu terus aku bagitau kawan aku yang sama2 praktikal untuk tukaq dengan kelas dia. aku cakap aku tak mau...tak mau masuk kelas depa. Aku takut. Kawan aku gelak sakan. haha.

Last2, pikir punya pikir aku sediakan satu permainan untuk depa. Aku siapkan 10 jenis peribahasa dalam kertas kecik kemudian gulung2 masuk dalam bekas yang comel( aku pinjam kawan aku tadi punya..hahah). Sampai ja depan kelas depa aku tengok ramai yang duk kumpul tepi beranda. Ada yang duk nyanyi dan ada jugak yang siap bersila atas simen kat kaki lima beranda. Hari ni aku acah2 garang. Mula2 aku cakap elok2 semua 5s6 masuk kelas. Depa buat tak reti. Ok fine. Sekali aku sound KALAU RASA KAMU 5S6 MASUK KELAS SEKARANG, KALAU BUKAN PI MAIN JAUH2!!
Depa pon masuklah kelas sorang demi sorang walaupun mulut masih tak berenti bercakap dan menyayi( depa ni nak jadi penyanyi kot aku rasa..hmm).  Bila depa masuk je kelas depa tak mau pulak duk tempat masing2, kena sound lagi. DUA KALI DAH CIKGU MASUK RELIEF KELAS KAMU. HAMPA NI CIKGU TENGOK DAH BESAQ PANJANG DAN SEMUA. BUKANNYA BUDAK TADIKA. PASAIPA SUSAH SANGAT NAK DUK DIAM. KELUAQ MASUK KELUAQ MASUK.. MACAM NI KA GAYA NAK EXAM?? yang duk tempiaran tadi duk habaq kat kawan depa suh duk diam dan cakap kita dah besar weh bukan budak. hahah..Masa tu aku rasa nak gelak dah. Bukannya aku berani sangat nak sound depa saja nak tunjuk garang sikit. Sambil2 kena beletiaq pon depa sempat lagi duk tanya "bekas apa tu cikgu kt tangan cikgu. Cikgu bawak gula2 ke kat kitorang". "yeee ... gula2... kalau nak pi duk tempat kamu dulu...."

Bila keadaan reda sikit aku mula tarik perhatian depa dengan bekas kat tangan tu dan suh depa mai dekat2 ke depan dan bagitahu akan buat satu game. Aku habaq kat depa , geng depa ni banyak bakat, ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai berlakon. Kalau rasa depa tu hebat depa kena main game ni. hahaha...Untuk langkah pertama, aku pilih pelajar yang paling bising, paling nakal dan paling kasar dalam kelas mereka sebagai orang pertama yang akan memulakan game tersebut. Rakan-rakan depa yang lain dah macam berminat dah bila yang duk belakang pon semua mai kumpul ramai2 duk depan dan bagi tumpuan. Perempuan kelas depa ok pulak diam ja. hahah..tapi biasa lah kan pompuan. form 5.. mestilah duk jaga keayuan..hehe.. Ok berbalik kepada game. Game ni ialah game teka peribahasa. Aku tulis peribahasa didalam kertasa kemudian aku suruh depa cabut satu dalam bekas comel tersebut kemudian gayakan tanpa menggunakan suara. Kawan2 depa perlu teka apa jenis peribahasa yang digayakan oleh rakan depa kt depan. Sekali kena kat Nazmi iaitu pelajar pertama yang aku pilih tu. Apa lagi seronok lah kawan2 yang lain duk bantai gelak kat dia bila cuba gayakan peribahasa yang dicabut tu nak bagi kawan2 faham dan boleh teka. Bermulanya game tersebut, terus suasana kelas tu berubah hampir seratus peratus. Daripada keadaan pelajar yang tak dapat dikawal jadi pelajar yang sangat sporting dan boleh bagi kerjasama. Depa siap bersungguh2 lagi menggayakan peribahasa yang diperoleh untuk digayakan di depan kawan2 mereka. Sampaikan aku si cikgu yang takut bila dengar nama kelas depa pon tiba2 jadi seronok berada dalam suasana tersebut. Mereka sebenarnya hebat2, pandai2 dan dengar cakap. Mereka sangat cekap untuk meneka peribahasa2 yang di tunjukkan oleh kawan mereka. Dan, setiap peribahasa tersebut boleh diberikan maksud dengan tepat. Perkara paling PENTING sebenarnya ialah tindakan, pendekatan dan persediaan yang guru lakukan.  Kalau pada kali pertama aku ke kelas tersebut dengan tangan kosong dan keputusannya mereka tidak terkawal, kali kedua aku bersedia dengan aktiviti santai bersama mereka. Keputusannya, mereka sebenarnya masih boleh dibawa berbincang. hahaha...

Di sini aku dapat simpulkan, jadilah guru yang sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang masalah, bukannya menjadi guru yang takut kepada masalah dan akan cuba melarikan diri apabila mendapat masalah. Penyelasaian adalah jalan terbaik. Andai pelajar ialah satu masalah bagi guru, fikirkan, masalah itu sebenarnya berpunca dari mana. fikir2 kan...

Guru yang kuat ialah bergantung kepada semangat dan daya fikiran yang kuat!