selamat datang

Khamis, 23 Mei 2013

PINTAS(program intelek tautan siswa)


Road to Rompin,Pahang....

Assalamualaikum Wbt...wahhhh...lamenya tak jenguk blog nih...bnyak keja plak akhir2 ni...
haaaaa....nih nk update citer baru plak...cerita berkenaan sepanjang program intelek tautan siswa di Chalet Sri Nelayan,kg Jawa, kuala Rompin Pahang selama 3 hari dua malam...

Program ni telah di jayakan oleh hampir 30 orang AJK dari pusat pengajian ilmu pendidikan USM. Kerjasama daripada pelajar senior dan junior. kami mengadakan program ini ialah dengan memfokuskan pelajar tingkatan 6 bawah yang bersekolah di sekitar Rompin...hehehe....

Okeee...skarang bermulalah perjalanan ikha ke Pahang...ngeheheh(motif sgt bercerita).....ikha n crew gerak kerja pintas bertolak dari USM pada jam lebih kurang 10 malam...yang kerja sebelum bertolak tu xyah citer la yer...banyakkk sangatttt kalau nk citer.....ni pom dh borink dh ikha rse..ngehehehe....oke2...smbung perjalanan ke Pahang...jauh memang jauh..dekat tu memang tak laa....ini first time tau ikha p pahang...sbelum nih lalu ikut kuala lipis je...singgah xprnah..hahahaha....tido...bangun...tido...bangun...tido lagiii...bangunn...xsampai2...huhh..penat jugak la bertapa atas bas tuh....tapi yang bestnya..naseb baek pnyakit alah ikha tak datang masa dalam prjalanan tuh..hahaha..ikha pom heran gak...sihat walafiat jew...alhamdulillah..selalunya setiap kali balik dri penang ke klantan xsah kalau x isi 2 plastik..faham2 sdiri la yer pnyakit apa yang ikha mksudkan...m**bu* bas...hehehehe....

Lepas tu kami dh sampai dalam negeri pahang...tapi belum sampai ke destinasi laa..heheh..punya la lama kitorang melalui jalan kecik tuh..rsanya pakcik driver ikut jalan kampung kot..dgr2 cam sdikit sesat..dgr lg pkcik tu dh guna GPS...hahaha..biasa la kan pkcik tu nga kitorang sma2 xbiasa jln ke sana...so,GPS tu prlulah....hahaha...GPS ni memang pnunjuk jalan first class sbb jln merah pun dy tunjuk...hampeh kan...

Selepas bberapa lama melalui jlan tu...pakcik bas brhenti di tepi jalan utk brtanya kepada orng kampung arah destinasi kami...so, pgarah projek n da gang pom trun la jgk brtnya kpada pkcik tuh..masa brhenti tu...smpat la mata ikha ni melilau di sekitar kawasan rumah pakcik tu..menenangkan sangat tapi agak ser*m  laa..hhehe...tepi kiri,kanan dan belakang ada hutan


ni laa rumah pakcik tuh.... yang kat depan tuh pakcik tu laaa...

..depan rumah berhadapan dengan sungai...rumah kayu bertangga biru...masa tu pacik tuan rumah sedang baiki halaman rumah dia kot...ikha pn xpasti sbb tgk dari atas bas je....

hahahhaha...setelah hampir 10 jam prjalanan kami tetapi tidak menemui lagi jalan besar....hujan mula turun renyai2...pandangan makin kabur........perut dh mula meragam..laparrrr...semalam lagi ikha kelaparan..ngehehehe.....

hujan yang mula membasahi bumi.....^_^

...namun..best sgt bila dh nmpak kenderaan lain yang lalu lalang dan kami dh nmpak jalan besar menuju ke pekan...hahahaha....lega sgttt...

hehehehe...tiba la msanya nk isi perut...brekpes3.....hehehe...lapar sgt....ikha pekena nsi lemak ngan milo panas...fuhh,...diam trus lagu yng bergema sjak semalam tuh...hihihi...


ni laaa gerai yang kami pekena brekpes pagi tu..... ^_^
sempat rumet ikha tnjuk bakat 'cikgu' kt gerai maklong...hehehehe..


selesai mkan pagi perjalanan di teruskan lagi....
saujana mata memandang....
seterusnya,kami meneruskan lagi prjalanan...lebih kurang jam 12 lebih,kami smpai ke destinasi...fuhhh..sakit pinggang ku...prjalanan yang 12 jam jdik lebih kurang 14 jam....hahaha....memang terbaekk.....akhirnya sampai jgk kami ke tempat yang dituju...best sangat sbb panorama disitu begitu menarik dengan keadaan pantai yang bersih n terbaek...


pelbagai pengalaman baru yang diperoleh sepanjang ikha berada di sini...bukan sekadar pengalam dalam menjalankan tugasan untuk menjayakan program ini,malah ikha dpat mnyelami cara hidup masyarakat sekitar kwasan tersebut...yang paling unik bagi ikha...sebb xprnah lagi tgk situasi macam tu..iaitu...ank2 pnduduk di situ tersangat berani dan berdikari...kehidupan mereka seharian tidak pernah terpisah daripada air masin yang berombak kekadang ada psang dan ada surutnya....lagi2 apabila jam 8.30 malam, mereka masih lagi berani bermain di tepi laut yang kita tidak pasti keselamatannya......kanak2 ini bermula dari yang paling besar kepada yang paling kecil....

masalah.....

huhuhu...sedeyh sangat time ni....firstly...ikha nk minta maaf kt pgrah projek dan ketua bahagian TDF....ikha minta maaf sbb tmbulkan mslah brkaitan LCD tu....rasa brslah sgt sbb xbuat back up planing pon skiranya brlaku msalah sprti itu..jujur,memang ikh xjgka mnda tuh bleh brlku..xmau slahkan sesape trmasuk phk pgurusan chalet sbb ikha anggap tu smua ksalahan ikha dan ini satu pgajaran kpada ikha agar ikha dapat buat kerja dgn lebih baik pada msa akan datang.....terima ksih pgarah projek sbb susah pyah cri LCD tu...^_^

aktiviti sepanjang program......

mendirikan khemah yawww....^_^

check khemah dulu.....
adik2 mendirikan khemah masing2..


tukang kalut...ngehehehe....
aktiviti2 lain.....
senaman pagi

ewahhhh....
tarikk nafass....


sdg pkir nk buat sorakan...ngehehe

aloloo...cian nya kena guling2...ngehehe
aktiviti tambahan..... hehehehe....sat pon nk p jgk tepi laut tuh....hehe...time nih,dalam dewan sdg buat mjlis pnutupan program kami ni....kami buat terukk pegi brgambor tepi pntai..mwahahaha.....tp dh mntak kbenaran dari ketua fasi yer..hahhaa...yg len jgn jeles ek...hihihi...^_^



hehehhe.....
yeayyy..kak elmi trik kitorang...mwahaha...



kes blas dendam nih...tadi dia yg trik..mwahahah...

yeahhhhh!!!!jom pi tgh laut...
oke...stakat nih shaja dulu...hehehehe.....sebenarnya banyakkkk lagi nk citer..tp dh penat mngarang...hehehe...enjoy yourself...jalinlah persahabatan dengan sesiapa pun kerana tiada halangan untuk berukhwah....

wassalam.. ^_^

ukhwah ini akan tetap manis sesweet madu..... ^_^

Isnin, 6 Mei 2013

sekilas PRU-13

5 may 2013

       Pada tarikh yang tercatat di atas..sejarah 5 tahun sekali bagi negara berdemokrasi Malaysia telah melalui satu peristiwa pilihan raya umum  yang ke-13. Hari bersejarah tersebut adalah untuk menentukan siapa pemimpin negara yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dan memimpin rakyat untuk satu musim yang akan datang. Memandangkan Ikha hanya insan yang masih tidak sesuai untuk mengundi ekoran faktor umur,jadi Ikha hanya mampu menjadi pemerhati dan menilai dengan akal sendiri terhadap suasan Pru-13 ini. Sejujurnya, Ikha jenis yang bersemangat sedikit apabila berbicara tentang politik walaupun tidak begitu mengenali,mengetahui apa itu politik yang sebenarnya. 
      Ikha juga mengakui ikha lebih memihak kepada parti kerajaan.Di sini(usm), ikha ramai dikelilingi oleh kawan2 yang menyokong parti sebelah sana. Namun, perbezaan pandangan ini bukan bererti kami renggang..kami tetap kawan dan sahabat. kerana parti bukan penentu persaudaraan seseorang.
Pada pandangan ikha,tidak kira lah pada pihak yang mana masing2 ada pendapat dan pandangan sendiri. Namun, ikha sedih kerana rakyat kita di Malaysia saling mengangkat jari untuk menuding kesalahan kepada orang lain walaupun mereka adalah saudara sesama islam. Mengutuk, menghina, mengeji, mengadili dengan cara sendiri, dan menghakimi sesuatu perkara menjadi rutin harian kepada kita semua. Sejujurnya, Ikha takut sangat apabila kita yang melayu dan Islam asyik sangat bergaduh sesama sendiri, namun ada pihak lain yang akan merai kemengangan atas kejatuhan kita. Kenapa kita tidak bersatu?
         Jujur juga ikha nyatakan bahawa ikha bersyukur kerana negeri tempat tumpahnya darah ikha masih lagi dipegang kepimpinan PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz. Walaupun dalam hati,teringin juga untuk merasai dipegang kepimpinan UMNO walaupun hanya untuk sepenggal. walau siapa pun yang memerintah negeri atau negara kita ikha akan tetap sokong selagi dia seorang melayu dan islam. mungkin orang akan menganggap ikha mempunyai semangat perakauman yang tinggi. BUKAN. Tetapi, kerana ikha yakin bahawa hanya islam sahaja yang mempunyai nilai yang adil dan saksama. Ikha juga tidak mahu merasa seperti berada di negara asing walaupun hakikatnya berada di negara sendiri. so, segala yang berlaku semalam adalah yang telah ditetapkan oleh maha pencipta...ALLAH swt.... sekiranya benarlah segala yang dilemparkan oleh rakyat terhadap kepimpinan kerajaan antaranya rasuah,khianat,membawa masuk pengundi asing,"blackout disengajakan",sengaja melengahkan proses pengumuman keputusan(kul 12 xumum lagi kot..huhu) dan pelbagai lagi, insyaAllah Dia akan membongkar semuanya. kerana tiada satu pun perkara yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA. Ikha juga tidak sanggup untuk berada di bawah kepimpina yang tidak jujur andai semua itu benar. dan kepada pihak sebelah sana, anda bukan kalah, tetapi belum menang. Mungkin kini Allah sedang memberi ruang untuk anda lebih bersedia pada masa akan datang untuk memimpin sebuah negara yang bukan di huni oleh satu negeri tetapi 13 buah negeri. 
Akhir kalam, semoga kita semua hidup berlandaskan persaudaan islam kerana itulah yang sebaik2nya. Buangkan segala persengketaan dalam jiwa kerana itu akan merobohkan ukhawah kita. sekian.

sesungguhnya Ukhwah itu seSWEET maDU.....

Jumaat, 3 Mei 2013

KEM MOTIVASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t...hehehe..borink lak pepagi cam ni...skrang kul 1.56a.m kott.....

11-13 APRIL 2013....
ok..jom dengar ikha berceloteh...rindu plak kat adik2 dan suasana masa kem motivasi peringkat negeri yang ikha n kawan2 lain jayakan pada cuti midsem sebelum ni...ikha as a ajk pndaftaran jew...selepas proses pendaftaran tu berkhidmat plak as a fasilitator...program tu berlangsung at USM Kubang Kerian(kk),kelantan..Sebelum berlangsungnya program tu,kami ajk2 yang terlibat ni perlu hadir sehari sebelum program..ikha dari p.puteh..so macam agak jauh dari KK,jadi ikha minta kebenaran pgrh projek utk dtang pada sebelah petang sehari sebelum program. kwan2 lain yang berdekatan datang membantu lebih awal lagi...

di bawah ni antara kawan2 yang datang awal untuk persiapan program tu....
yeayy!!...dpt duk blakang!!
kami berkerjasama!

berat nyee!!

Pada hari pertama program,adik2 dari pelbagai sekolah yang ada di pelusuk negeri kelantan datang mendaftarkan diri sebagai peserta program....akak pendaftaran dh mula pening sbb ramai sgt..hehehe...tapi,melihat kehadiran adik2 dengan perpakaian rasmi sekolah memberi semangat kepada ikha utk memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang diberi...
cik ikha tgh pening..sabor je la..hihihik

sesi pendaftaran bermula jam 12 tengah hari hinggalah jam 2 petang... selepas sesi pendaftaran tamat,adik2 diberi masa untk menunaikan solat zohor selama setengah jam dan berkumpul berkumpul semula dalam dewan Nurani dan di beri sedikit taklimat tentang perjalanan program serta pembahagian tempat penginapan selama mereka berada dalam program tersebut...

dapat dlihat pada wajah adik2 yang datang ke kem ini bahawa mereka datang bersama semangat yang amat tinggi. mereka juga mudah memberi respon terhadap apa sahaja yang di sampaikan oleh fasi yang bertanggungjawab menyampaikan taklimat awal kepada mereka.

alhamdulillah....selepas selesai pada sesi petang..mereka di beri masa untuk persiapan diri,makan malam dan solat sebelum memulakan aktiviti pada sebelah malamnya..

sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator bersama adik2 pra- U.Antaranya ialah latihan dalam kumpulan(LDK),sorakan "result gempak", ice breaking, nyanyian lagu "gemuruh jiwa", dan sebagainya... sebagai aktiviti klimaks bagi program motivasi ini, adik2 disasjikan dengan teater muzikal yang dilakonkan oleh beberapa orang fasilitator sendiri..iaitu..yang berjudul "SETIA HUJUNG MASA".. 

antara aktiviti yang dilakukan...
mereka berkongsi idea...

berkongsi gelak dan tawa...

mereka bersahabat

mereka berani berdiri di hadapan..
seterusnya,pada hari terakhir mereka di kem motivasi ini..mereka diminta menyelesaikan satu aktiviti yang digelar "kompas gila".... jika ingin mengetahui sejauh mana tahap kegilaan kompas gila ini..hanya fasilitator yang terlibat sahaja yang mengetahuinya...jeng!jeng!jeng! memang giler sangat2....huhhhh.... tapi kalau main memang best..sebelum main tuh yang memeng pergh la..lebih2 lagi yang perlu siapkan modul aktiviti ni..memang terbaekk laa..ikha just tolong after modul n perjalanan aktiviti ni disusun jew..hhehehe...

jom tengok kegembiraan adik2 melalui halangan demi halangan giler dalam aktiviti ini(xdek la giler sgatt).... ^_^
still lawa kan walau kena conteng...heheh
meh sini nk conteng....



sedih ke dik??sabor jela ye...hehe
ape la akak n abg fasi ni..berat taw nk bawa kotak ni...hehehe


kan dh cakap.....pakai plasyik sampah mmang keja giler kan....hahahahakk....pengalaman dik...yg penting enjoy kan... ^_^
akhir kata..itulah serba sedikit yang ingin ikha kongsikan dengan semua yang singgah kat blog ikha ni..pengalaman yang mampu mengeratkan lagi sesebuah ukhwah antara kita...pengalaman boleh di cari melalui pelbagai cara...tk kira ia suka mahupun duka...tapi,yang ikha kongsi ni mesti la suka..heheheh...k,sekian.. wassalam..

semoga ukhwah kita seSWEET maDu... InsyaAllah.....



Rabu, 1 Mei 2013

SUATU KETIKA DAHULU.......

Jeng3x!!!


gang xbrapa nk betul...nikros je yg baik..hehehe
Assalamualaikum...
haish....bila termenung sorang-sorang nih..tiba2 nastolgia Old school datang menyapa...terus teringat nk update blog tntang zaman2 muda la plak..ngeheheh....best kot zaman old school....
Berpakaian sekolah...memang terbaeklah...bila terkenangkan waktu2 dahulu memang rasa lain macam jeww...rindu..happy....lawak....xlogik(bla tringat otak over gila2).....n mcam2 lagi memori yang terkumpul msa old school...best kott... 
dulu....mcam2 pe'el ade....kepala asyik pikir nk buat giler jew....huhuhu....brgaduh memang tak pernah lah..tapi kalau bab kena mengena memang best...seronok kalau tengok ade yang terkena..hahahaha "lukenabebb"....ape2 pom..kalau yang terkena tuh memang nasib la yer....kalau nak balas kami terima jew....xheran pom... ^_^

CIKGU-cikgu plak memang spoting habes...best sangat...rasa macam rapat sangat ngan cikgu masa form 6 nih...mungkin cikgu2 lebih memahami kerenah kami dan tidak banyak melarang apa yang kami buat menjadikan kami lebih rapat dengan cikgu...rindu sangat2 kat cikgu2 form 6...

beberapa gambar kenangan bersama guru n rakan2 ketika form 6 dahulu......

bersama cikgu Rosilawati....cikgu sejarah...^_^
tengok apa tu ckgu???hehehe..cikgu Rusdaini....


cikgu Rosniha yang sentiasa ceria.....sastera subjeknya...

                                                                                  
najihah n amin kt belakang....
peace!!!!
this is my BELOVED OLD SCHOOL....
SEMOGA UKHWAH KITA TERUS TERJALIN WALAU TERPISAH BERIBU BATU....^_^

FASILITATOR......

Best ke jadi FASI?

Assalamualaikum WBT....

Jom nk citer pengalaman seciput jadi fasilitator..ngehhehehe....

Sebelum nih,memang xpernah pom jadi fasi bagai nih...pada awal2 nk join jadi fasi nih mcam2 yang saya pegi interview(USM...kalo nk join ape2 semua kna interview) yang melibatkan fasi...tapi semua bagi soalan yang sama..."ade pgalaman jadi fasi x?...kami kalau boleh nak dahulukan yang ade pengalaman"....hadoi..sebab nk cari pengalaman tuh la saya nk join ni kak oiii.....kalau x diberi peluang mcam mana saya nak ade pengalaman......

Apabila dah fed-up dgn karenah penemuduga nih...saya pom terdengar la ade interview untuk jadi pembantu exco persatuan anak-anak negeri...ape lagi...semestinya lah i cari anak negeri i...hehehhehe....HAAK....himpunan anak-anak kelantan.....kt sini,ade pgalaman ke xde ke semua dia terima...bagus2....hehhehe...awal2 dulu,xsangka pom HAAK nih banyak buat program yang melibatkan diri sebagai fasilitator....hahahha...best2....

first jadi fasi ialah untuk program bersama sekolah rendah SK. Tok dik....sekolah area utara nih la jugak.....
ni lah gambar bersama adik2 sekolah rendah tu..diorang semua darjah 6....

Best tau jadi fasi untuk adik2 sekolah rendah nih...walaupun sedikit penat, namun biasalah kan budak2 mesti la hyper aktif...hehehhe....diorang pom semua comel2 n spoting....semangat apabila bersama kami si fasilitator ni...walaupun akak fasi(saya la tu) yang masih malu2 untuk berhadapan dengan adik2(nak buat cm mana pengalaman pertama)....saya cuba jugak jadi profesional...cuba berborak dengan adik2 n buat "ice breaking" brsama fasi2 lain di hadapan mereka..

second pengalaman jadi fasi...bersama adik2 SMK mulong.......kami di bukit BERDERA masa ni..hehehe
gambar kat atas tu ialah second time jadi fasi... haaa...ni jadi fasi untuk sekolah menengah plak....untuk pelajar form 6....dioarang dari kelantan..SMK Mulong.....diorang ni datang ke USM smbil2 adakan lawatan ke sekitar Penang....memang best jadi fasi untuk sekolah menengah ni.....sebab utama, mereka nih hampir sebaya dengan saya..jadi komunikasi,pergaulan rasa tidak lah kekok sangat....mcam satu gang pulak..hehehehe.... diorang semua sangat2 spoting,chumell2 smuanya....semoga mereka sukses dalam stpm tahun ni....hehehe...

ketiga,pengalaman yang paling xboleh nak lupa...jadi fasi untuk program motivasi pelajar pra-U peringkat negeri kelantan....program ni berlangsung at USM kubang kerian....lebih kurang 30 buah sekolah yang join program nih..n hampir 250 pelajar..memang terbaik lah....selepas jadi fasi untuk program ni,barulah tahu....semua kekuatan perlu mantap tidak kiralah MENTAL mahupun FIZIKAL....dalam 3 hari 2 malam program tu berjalan hanya 4 jam je total saya tidur..best2....walaupun penat,tapi pengalaman tuh cukup berharga...mcam2 pengalam baru yang diperoleh....kerja berkumpulan,manage "ice breaking",uruskan perjalanan game "kompas gila"(sbelum ni tahu main jew..hehhe),n banyakkkkkk lagiii...hehehehehe.....yang penting....bestttt...spotinggggg...n gilerrrrrrr2....

nih adik2 group saya...goup 11...ngehehe.....

last sekali...yang terbaru...jadi fasi untuk SMK perempuan...diorang datang ke USM p.p....tapi xlama...sehari semalaman sahaja...sebab diorang ade lagi destinasi lain yang hendak dituju...apepon,sempatlah bawa diorang round sekitar USM ni...pergi melawat ke perpustakaan Hamzah Sendut, muzium Tuanku Fauziah dan beberapa tempat lagi(lupa plak kt mana)....

inilah antara fasi2 yang terlibat untuk program lawatan dari SMKP....^_^
OK....sekian....bye2.... ^_^