selamat datang

Isnin, 6 Mei 2013

sekilas PRU-13

5 may 2013

       Pada tarikh yang tercatat di atas..sejarah 5 tahun sekali bagi negara berdemokrasi Malaysia telah melalui satu peristiwa pilihan raya umum  yang ke-13. Hari bersejarah tersebut adalah untuk menentukan siapa pemimpin negara yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dan memimpin rakyat untuk satu musim yang akan datang. Memandangkan Ikha hanya insan yang masih tidak sesuai untuk mengundi ekoran faktor umur,jadi Ikha hanya mampu menjadi pemerhati dan menilai dengan akal sendiri terhadap suasan Pru-13 ini. Sejujurnya, Ikha jenis yang bersemangat sedikit apabila berbicara tentang politik walaupun tidak begitu mengenali,mengetahui apa itu politik yang sebenarnya. 
      Ikha juga mengakui ikha lebih memihak kepada parti kerajaan.Di sini(usm), ikha ramai dikelilingi oleh kawan2 yang menyokong parti sebelah sana. Namun, perbezaan pandangan ini bukan bererti kami renggang..kami tetap kawan dan sahabat. kerana parti bukan penentu persaudaraan seseorang.
Pada pandangan ikha,tidak kira lah pada pihak yang mana masing2 ada pendapat dan pandangan sendiri. Namun, ikha sedih kerana rakyat kita di Malaysia saling mengangkat jari untuk menuding kesalahan kepada orang lain walaupun mereka adalah saudara sesama islam. Mengutuk, menghina, mengeji, mengadili dengan cara sendiri, dan menghakimi sesuatu perkara menjadi rutin harian kepada kita semua. Sejujurnya, Ikha takut sangat apabila kita yang melayu dan Islam asyik sangat bergaduh sesama sendiri, namun ada pihak lain yang akan merai kemengangan atas kejatuhan kita. Kenapa kita tidak bersatu?
         Jujur juga ikha nyatakan bahawa ikha bersyukur kerana negeri tempat tumpahnya darah ikha masih lagi dipegang kepimpinan PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz. Walaupun dalam hati,teringin juga untuk merasai dipegang kepimpinan UMNO walaupun hanya untuk sepenggal. walau siapa pun yang memerintah negeri atau negara kita ikha akan tetap sokong selagi dia seorang melayu dan islam. mungkin orang akan menganggap ikha mempunyai semangat perakauman yang tinggi. BUKAN. Tetapi, kerana ikha yakin bahawa hanya islam sahaja yang mempunyai nilai yang adil dan saksama. Ikha juga tidak mahu merasa seperti berada di negara asing walaupun hakikatnya berada di negara sendiri. so, segala yang berlaku semalam adalah yang telah ditetapkan oleh maha pencipta...ALLAH swt.... sekiranya benarlah segala yang dilemparkan oleh rakyat terhadap kepimpinan kerajaan antaranya rasuah,khianat,membawa masuk pengundi asing,"blackout disengajakan",sengaja melengahkan proses pengumuman keputusan(kul 12 xumum lagi kot..huhu) dan pelbagai lagi, insyaAllah Dia akan membongkar semuanya. kerana tiada satu pun perkara yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA. Ikha juga tidak sanggup untuk berada di bawah kepimpina yang tidak jujur andai semua itu benar. dan kepada pihak sebelah sana, anda bukan kalah, tetapi belum menang. Mungkin kini Allah sedang memberi ruang untuk anda lebih bersedia pada masa akan datang untuk memimpin sebuah negara yang bukan di huni oleh satu negeri tetapi 13 buah negeri. 
Akhir kalam, semoga kita semua hidup berlandaskan persaudaan islam kerana itulah yang sebaik2nya. Buangkan segala persengketaan dalam jiwa kerana itu akan merobohkan ukhawah kita. sekian.

sesungguhnya Ukhwah itu seSWEET maDU.....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan