Assalamualaikum w.b.t...hehehe..borink lak pepagi cam ni...skrang kul 1.56a.m kott.....
11-13 APRIL 2013....
ok..jom dengar ikha berceloteh...rindu plak kat adik2 dan suasana masa kem motivasi peringkat negeri yang ikha n kawan2 lain jayakan pada cuti midsem sebelum ni...ikha as a ajk pndaftaran jew...selepas proses pendaftaran tu berkhidmat plak as a fasilitator...program tu berlangsung at USM Kubang Kerian(kk),kelantan..Sebelum berlangsungnya program tu,kami ajk2 yang terlibat ni perlu hadir sehari sebelum program..ikha dari p.puteh..so macam agak jauh dari KK,jadi ikha minta kebenaran pgrh projek utk dtang pada sebelah petang sehari sebelum program. kwan2 lain yang berdekatan datang membantu lebih awal lagi...
di bawah ni antara kawan2 yang datang awal untuk persiapan program tu....
|
yeayy!!...dpt duk blakang!! |
|
kami berkerjasama! |
|
berat nyee!! |
Pada hari pertama program,adik2 dari pelbagai sekolah yang ada di pelusuk negeri kelantan datang mendaftarkan diri sebagai peserta program....akak pendaftaran dh mula pening sbb ramai sgt..hehehe...tapi,melihat kehadiran adik2 dengan perpakaian rasmi sekolah memberi semangat kepada ikha utk memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang diberi...
|
cik ikha tgh pening..sabor je la..hihihik |
sesi pendaftaran bermula jam 12 tengah hari hinggalah jam 2 petang... selepas sesi pendaftaran tamat,adik2 diberi masa untk menunaikan solat zohor selama setengah jam dan berkumpul berkumpul semula dalam dewan Nurani dan di beri sedikit taklimat tentang perjalanan program serta pembahagian tempat penginapan selama mereka berada dalam program tersebut...
dapat dlihat pada wajah adik2 yang datang ke kem ini bahawa mereka datang bersama semangat yang amat tinggi. mereka juga mudah memberi respon terhadap apa sahaja yang di sampaikan oleh fasi yang bertanggungjawab menyampaikan taklimat awal kepada mereka.
alhamdulillah....selepas selesai pada sesi petang..mereka di beri masa untuk persiapan diri,makan malam dan solat sebelum memulakan aktiviti pada sebelah malamnya..
sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator bersama adik2 pra- U.Antaranya ialah latihan dalam kumpulan(LDK),sorakan "result gempak", ice breaking, nyanyian lagu "gemuruh jiwa", dan sebagainya... sebagai aktiviti klimaks bagi program motivasi ini, adik2 disasjikan dengan teater muzikal yang dilakonkan oleh beberapa orang fasilitator sendiri..iaitu..yang berjudul "SETIA HUJUNG MASA"..
antara aktiviti yang dilakukan...
|
mereka berkongsi idea... |
|
berkongsi gelak dan tawa... |
|
mereka bersahabat |
|
mereka berani berdiri di hadapan.. |
seterusnya,pada hari terakhir mereka di kem motivasi ini..mereka diminta menyelesaikan satu aktiviti yang digelar "kompas gila".... jika ingin mengetahui sejauh mana tahap kegilaan kompas gila ini..hanya fasilitator yang terlibat sahaja yang mengetahuinya...jeng!jeng!jeng! memang giler sangat2....huhhhh.... tapi kalau main memang best..sebelum main tuh yang memeng pergh la..lebih2 lagi yang perlu siapkan modul aktiviti ni..memang terbaekk laa..ikha just tolong after modul n perjalanan aktiviti ni disusun jew..hhehehe...
jom tengok kegembiraan adik2 melalui halangan demi halangan giler dalam aktiviti ini(xdek la giler sgatt).... ^_^
|
still lawa kan walau kena conteng...heheh |
|
meh sini nk conteng.... |
|
sedih ke dik??sabor jela ye...hehe |
|
ape la akak n abg fasi ni..berat taw nk bawa kotak ni...hehehe |
|
kan dh cakap.....pakai plasyik sampah mmang keja giler kan....hahahahakk....pengalaman dik...yg penting enjoy kan... ^_^ |
akhir kata..itulah serba sedikit yang ingin ikha kongsikan dengan semua yang singgah kat blog ikha ni..pengalaman yang mampu mengeratkan lagi sesebuah ukhwah antara kita...pengalaman boleh di cari melalui pelbagai cara...tk kira ia suka mahupun duka...tapi,yang ikha kongsi ni mesti la suka..heheheh...k,sekian.. wassalam..
semoga ukhwah kita seSWEET maDu... InsyaAllah.....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan