selamat datang

Khamis, 31 Disember 2015

ByE 2015, welCome 2016!

Assalamualaikum wbt.

Post ini merupakan post terakhir aku untuk tahun 2015.

Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Pergi dengan pelbagai kenangan. Ye aku akan melangkah ke fasa 24 tahun untuk beberapa jam saja lagi. 23 tahun 11 bulan 25 hari (dalam kiraan masihi, mungkin kalau kiraan hijriah aku sudah hampir menjangkau ke fasa 24 tahun plus2 huhu) aku hidup bersandarkan dnegan rahmat dan kasih sayang Allah. Selama itu jugaklah betapa banyaknya aku berhutang dengan Allah swt. 'Berhutang' kerana aku tidak membalas setimpal dengan apa yang aku dapat dariNya. Terlalu banyak kekurangan yang mencelakan perjalanan hidupku sepanjang tempoh tersebut. Terlalu banyak. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk diriku. Tetapi aku selalu leka untuk menjadi yang terbaik kepada Penciptaku. Aku seringkali lupa Dia menginginkan aku sentiasa menjadi yang terbaik di dunia agar dapat meraih keredhaanNya agar Dia dapat mengganjarkan sesuatu yang tidak ternilai di Akhirat sana kepada aku. Ya, aku seringkali lupa perkara tersebut. Sebaliknya, aku seringkali hidup sekadar hidup. Hidup mengikut arus pergerakkan masa. Kadang2 aku alpa. Kadang2 aku lupa. Kadang2 aku abaikan kalam cintaNya. Aku manusia biasa. Yang rapuh imannya. Mendatang dan mencari bila merasa diri begitu sakit dengan ujian dunia. Meratap merayu apabila menginginkan sesuatu. Pergi dan berlalu apabila Dia datangkan sedikit ketenangan. Aku masih alpa di situ. Kadang2 aku juga mempertikaikan takdir. Mengeluh dengan jalan hidupku. Resah gelisah dengan ujian yang mendatang. Aku sering lupa ujian itu tanda rindu. Rindu yang diutuskan. Utusan rindu si Dia untuk mendengar ratapan dan rayuanku kepadaNya. 

Untuk tahun 2015, aku bersyukur Dia kerana Dia masih hadirkan aku orang2 yang banyak membantu aku untuk terus kuat mencintai diriNya. Dia masih meminjamkan dua orang kesayanganku untuk terus berada di sisiku. Untuk memberi kasih sayang dan teguran kepada ku. Dia masih meminjamkan aku adik beradik yang masih bersatu. Dia sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang kepada aku dan keluargaku. Dia hadirkan juga kepada ku bestfriends yang selalu memberi semangat dan membuat hari-hari aku sentiasa ceria... (tetiba ada orang kacau aku menulis...so xleh nak go on.. kena stop sini je dulu...potong betul laaa..baru duk syok2 berangan dan share pahit manis 2015...erghhhh...k bye.. kalau aku rajin aku sambung tahun depan plak)

Selasa, 10 November 2015

Andainya kesempatan ITU tidak hadir?

Seringkali aku terfikir....
Seandainya kesempatan Itu tidak hadir dalam hidupku...bagaimana...?
Seandainya aku yang tidak diberi kesempatan Itu...bagaimana rasa hati Ibu dan Ayahku  yang ingin melihatku dihari tersebut...?
Bagaimana perasaan ahli keluargaku yang menanti untuk bersama meraikan hariku itu....?
Seumur hidupku.. tidak pernah hadir hari tersebut dalam kalangan keluargaku melainkan hari aku itusatu-satunya... bagaimana seandainya aku tidak diberi kesempatan itu? bagaimana?

DAN... bagaimana pula rasaku...seandainya ibu dan ayahku tidak diberi kesempatan untuk bersama aku dihari tersebut... bagaimana untuk aku menghadapi dan meniti hari tersebut tanpa mereka disisi..bagaimana untuk aku luahkan rasaku..pada siapa untukku persembahkan penghargaan itu... siapa yang sanggup berada disisiku andai ibu dan ayahku tidak diberi kesempatan untuk bersamaku dihari itu.. siapa yang sanggup dengar berkongsi segala kebahagiaan dan kesedihan aku pada hari tersebut...seandainya kesempatan itu tidak hadir diantara kami, pastinya tiada ertinya lagi untuk aku hadapi...

KERANA.... segalanya ingin aku hadiahkan kepada mereka. ibu dan ayahku...



#rindunakbalikkampung
#rindusangatsangat
#luarnampakkuatdalamseringkalirapuh
#midsembreak
#finalyear

Jumaat, 12 Jun 2015

HARI NI EXAM HST 328

Assalamualaikum...

Harini aku exam hst 328 iaitu salah satu paper sejarah yang sangat "killer"( bak kata budak2 yg xabes study) bagi aku...

 Beberapa jam je lagi paper tu akan start..sebab paper tu petang( alhamdulillah sebab aku suka paper petang ni) sebab rasa boleh buat macam2 lagi sebelah pagi sebelum exam tu. Baca nota.(konon je la...pdahal ada gak kau tido kan? n skrang sebab exam petang sempat kau mai sini merapu duk tulis menda apa ni zalikha oii??? pi study! pi study nuh! apa punya budak laaa perangai laguni haa...) suka bebel la kau ni ikha... Hehe...

Aku stress sebenarnya.. Tak tau nak pikir apa. kepala asyik dok pikiaq lagumana laaa kalau yang aku dok baca ni xkeluaq p dalam exam... habehhh laa...mati aku. Dah la baca xbanyak mana. Kot nak cover 4 soklan xboleh, naya aku.. hmmm...

Satu lagi masalah ni. Tak tau pasaipa sem ni rasa jem sikit otak ni. Lembab semacam.. Duk baca banyak kali pon masih lagi dok tang sama... xpaham2..xingat2... banyak buat dosa kaa? memang aku lagha sikit sem ni ni... astaghfirullahal'azim...nauzubillah. Dosa ni kadang2 kita xsedaq pon masa mana duk buat. Tup2 dah macam bukit. DIA tak tunjuk lah sebesaq bukit tu tapi DIA tunjuk dengan cara laguni lah kot. Susah nk paham. Susah nak ingat. Ilmu lambat masuk. Allah.. minta2 lah dijauhkan dari semua tu.

Tapi, alhamdulillah lepas baca banyak33 kali boleh lah tangkap n paham isi2 tu. hmmm..

Ahh... malaih la nk cakap banyak... Bye.. Doakan aku yerr... bia bleh jawab dengan jayanya..

Rabu, 10 Jun 2015

Exam Sindrom

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? sihat..? kalau kamu student macam aku mesti dalam mood final exam kan semua? doa, usaha, ikhtiar dan tawakal yer... Good luck!!

Macam mana mood kalian tiap kali tibanya musim exam? tenang? fokus? ke stress? hehe..macam2 ada kan...

Aku ni tetiba mood nak tengok movie, nak dengar lagu omputeh, tiba2 pulak datang mood nak dengar orang mengaji je satu hari..(mcam harini..bukak utube dari pagi tadi sampai la ni..dengar alunan suci ayat alQuran..sekarang dah sampai surah Al- A'raf( ketinggian) )..tenang je rasa...
Satu lagi...mood bukak blog orang lain n baca kisah2 hidup orang lain..(yg nih rasa mcam xdek keja lah plak aku..macam time ko x exam xleh ek nak buat semua ni....masalahnya time ni je mood ni mai...)

Paling aku tak suka bila time exam ja tiba2 ABC..lebih2 lagi time awal2 exam... rasa tak selesa dan boleh buat mood kita tak stabil. Fikiran jadi tak tenang. Mudah penat. Malas.

Tapi... semua mood tu akan berubah bila aku dapat je call dari seseorang... my mum... bila dia tanya kita exam apa, macam mna, bila.. Dah cukup untuk aku jadi lebih tenang dan fokus balik apa yang perlu aku baca dan prepair untuk paper seterusnya.
                           
                       " ma, doakan ore deh? "
                        " mestilah...ma doa sokmo-sokmo.....rasa berat(susah) ke kali ni?"
                       "berat sangat ma"...
                        " xpo...buat molek"....


Lepas je baca blog orang..tiba2 teringat..eh aku pon ada blog kann..lama pulak tak jenguk...pehh pehh pehh.. mai jenguk blog sediri plak.. tiba2 baca entry lama2...malu lah...xdak motivasi langsung aku ni.. sama lah entry ni pon.. suka merapu.. biarkan..

k. Bye... 12/6/2015 exam paper kedua (HST 328) :WISH ME LUCK gaisss....!




Jumaat, 10 April 2015

My Diet

Assalamualaikum.... hai semua (kalau ada yang bacalah) hehehe...rasanya xde pon..

            Setelah sekian lama membusuk je blog nih.... tup2 hadir dengan tajuk Diet....haha...
Macam xde benda lain je kan aku nih nak cerita... xpe2..relek...ni blog aku lah..suka hati akulah nak tulis apa pon. Sebabnya, walaupun dah lama tak menulis, tak mem"bobok" disini, masih xde idea pon nak tulis cerita menarik, even memang banyak perkara2 yang terjadi sepanjang tempoh persembunyian aku dari blog nih. haha.... Over giler ayat guna perkataan "persembunyian" tuh.. Kalau kau dah malas, cakap jelah malas Zalikha oii..

           Okey2, dah lahh merapunya...aku nak citer sal diet aku nih... ishh... Al-kisahnya bermula apabila....jeng...jeng...jeng.... 

 ...... Menjadi kebiasaan...lepas habis kelas dari Pusat pengajian aku, aku akan gunakan laluan short cut untuk balik ke desa, yakni dengan melalui pusat pengajian ilmu kemanusiaan.. Sepanjang 3 tahun, laluan tuh lah yang menjadi laluan utama aku. So, bila jumpa dengan satu staf ni(cik lan) memang selalu tegur menegur, tanya khabar bagai. Jadi, nak dijadikan kisahnya pada minggu pertama untuk sem yang ke 6 ni, aku lalu lah ikut jalan tuh. Tiba2 terserempak dengan Cik Lan. Aku pon tegur cam biasa lah. "Assalamualaikum Cik Lan..." ..." Waalaikumussalam... lama xnampak..." " Ye la... cutikan ciklan" ... ciklan pon tanya "dh tahun tiga kan? dah praktikal kat luaq ka?habis dah ka? ..." " ye lah tahun tiga...tapi xhabis lagi cik lan... empat tahun...parktikal sem 8" " ooo....bukan apa, cik lan tengok sihat sekarang...makin <T>(ciklan buat gaya utk tnjukkan makin berisi)... hahahah...aku pun tergelak.... dalam hati... cik lan pon nampak aku makin "sihat"... ayarkkk...xboleh jadi ni.... aku pun just bagi senyum je lah kat cik lan n cakap " makan sedap ciklan kat umah..hahha tu pasai jadi lagu ni" ....

.......Al-kisahnya, sebelum terserempak dengan cik lan tuh, memang dah kena dah dalam kelas tadi. kawan2 ramai cakap makin sihat.. serius, masa diorang cakap camtu sedikit pon xterasa hati ataupun hairan sebab memang pon rasa diri makin "sihat". Sebab pikir benda biasakan kalau dah bercuti sebulan kat kampung. Kalau x'sihat' memang bukan cuti lah kan. Tambah2, tu minggu first masuk selepas bercuti, memang ketara lah kan perubahannya. So, aku anggap je sebagai gurau senda n bagi alasan "mak kite jaga kita elok masa cuti sebab tu makin berisiii" hahahhaha...

TAPI, lepas cik lan tuh tegur, rasa camm...maaaaaa....adikk gemukkk..... satu hal sebab rasa cam tu bila cik lan tegur berbanding apabila kawan2 tegur ialah, sebab rasa cik lan tuh macam orang luar yang mana kita bukan selalu pun jumpa dia. Tapi dia perasaan dengan perubahan kita. So, betul2 dah terlampau sihat lah tuh kalau orang luar pon boleh tegur kita dah makin sihat. Kalau kawan2 sekelas je tegur camtu, rasa cam biaq pi lah. Bukan orang lain pon.. Depa ja pon. hahaha...

So, bermulalah saat itu, detik itu, hari itu wujudnya perkataan DIET dalam hidup aku. Sepanjang 23 tahun dah hidup, xpernah lagi terfikir untuk berpegang kepada perkataan itu. Sebelum nih, kalau aku nak makan apa pon, suka hati akulah. xdeknya nak stop2. Nak makan berapa kali sehari ponn  sukaa hatiii akuuu jugakk... hahaha...Tapi, lepas daripada saat ditegur tu, rasa cam was2 je nak makan sesuatu. terutama nasi. So, lepas tuh dah mula kurangkan makan. Walaupun makan seperti biasa, tapi kuantiti tu xmacam biasa dah. kesannnya...berattt dah turunnn... TAPI... seminggu derrr aku skip nasi n makan sikit2... p timbang 0.5kg je turunnn...maaaa.... xmau DIET...adikk nak makan banyak2 macam duk kat umah.... xmau lapar2... hahaha..gila...(putus asa kott)..

            Tapi kan...yang paling best, bila aku nih konon cam bernekad untuk Diet, ramai pulak kawan2 pompuan aku dalam kelas yang sedang berdiet untuk sem nih..hahahhaa...rasa cam berpakat plak...satu kelebihan tekad aku untuk kurangkan berat badan ni(bukan untuk kuruih kering yer) ialah aku dah mula rajin dah joging2 anak nih, p gim bagai tuh. Berpeluh lah jugak daripada xdek langsung kan. Satu je nak gitau, aku diet ni bukan nya untuk sape2, dan bukannya disebabkan sape2, just untuk diri sendiri agar xmenyesal dikemudian hari. ( Cik Lan tuh hanyalah pemangkin je kot).. tenkiu cik Lan.. hahaha...

             Tapi, beberapa hari dari saat aku tulis entry nih, cara makan aku macam dah back to normal macam sebelum2 diet...nasi dah 4 hari xtinggal...ni semua gara2 selepas p buat kajian kat Teypeng ritu. Mana taknya, p sana makan nasi 3 kali sehari. xnak makan kan lapo plak perut nih( sebenarnya teliuq) heheh... xpalah, nak start balik lah.... Doakan aku taw. Bye. Assalamualaikum .. :)


Yang Ikhlas,
Ikha Sani..
Anak bongsu..........................................................perempuan(gedik nk jgk jdi ank bgsu).hahaha..... SUKA HATI AKU LAH..