selamat datang

Ahad, 23 Februari 2014

cabaranku duhai dunia pelajar.....

bismillahirrahmanirrahim....
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.....

Allahurabbi....rindunya nk luah perasaan kat sini....
pengisian masa sangat padat sehingga tidak terluang ruang dan waktu untuk singgah di sini..
walau telah lama merindui untuk menjenguk kembali ruangan blog ini ..tetap menahan rasa dan mencari msa yang sesuai....fuhh...akhirnya...inilah saatnya...

bila dijenguk ruangan ini...tiada lain yang akan dikongsi melainkan bercerita perihal seharian yang pahit dan manis....
sekarang merupakan 23 februari 2014..pejam celik Ikha telah pun melalui 3 sem sebelum ini di USM...dan sekarang sedang berusaha untuk mengharungi Sem yang ke 4...berbaki lagi 4 sem yang akan ikha harungi.....

Cabaran? yepp...sangat mencabar menjadi seorang mahasiswa....sebelum masuk sem baru haritu..ikha perlu menghadapi result exam yang sentiasa menurun dari sem ke sem...sedih memang sedih...dan yang paling merisaukan ialah apbila melihat PNGK secara kseluruhan untuk 3 sem yang semakin menurun...walaupun masih maintain pada point 3.++ namun ikha tidak merasa untuk terus berada dalam zon selesa..kerana sekiranya ikha masih mendapatkan result yang sama untuk sem akan datang sudah pasti angka 3 tidak akan dapat ikha rasai lagi untuk keseluruhannya...Dengan harapan yang sangat tinggi, ikha sangat berharap untuk meningkatkn PNGK untuk sem yang akan datang..walaupun tidak pernah merasa bagaimana nikmatnya mendapat result yang bertaraf dekan tapi ikha akan usahakan agar pointer ikha tidak akan kurang daripada 3 untuk keseluruhannya...inshaa Allah...

masuk hari ni, genap 8 hari Ikha mula balik pengajian Ikha di bumi pulau mutiara ini..tanpa ibu dan ayah di sisi..tanpa orang2 kesayangan yang sentiasa memberi support....namun ikha bersyukur sebab masih mempunyai sahabat2 kesayangan yang ikhlas bersama ikha untuk sama-sama mengharungi cabaran di sini...

susah? memang susah...sem ni merupakan permulaan bagi fasa yang agak mencabar dalam pengajian Ikha... dengan 3 kursus major (SEJARAH) yang akan Ikha bawa dan satu kursus minor (BM), sudah cukup merisaukan Ikha untuk sem ini.. Tambahan lagi dengan 2 kursus teras dan 1 kursus universiti... Tidak sanggup rasanya untuk menghadapi paper2 tersebut. Apabila memikirkan perasaan yang tidak cukup berwawasan ini, ingin sahaja Ikha berhenti di sini dan meneruskan kehidupan sebagai seorang yang berkerjaya walaupun kerjaya sebagai pekerja biasa...namun Ikha ingin cekalkan hati demi ibu dan ayah ikha yang menyimpan seribu harapan untuk melihat ikha berjaya dalam pelajaran dan memegang taraf sebagai seorang pelajar Universiti yang mempunyai segulung ijazah...

penat? memang penat...malahan sangat penat.. pertama, perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pensyarah. kedua, perlu berhadapan dengan pelbagai tugasan subjek...ketiga..perlu berhadapan dengan pelbagai pembentangan dalam kelas(yang paling ikha tak suka)...keempat, perlu berhadapan dengan pelbagai program dalam persatuan, meeting, program tu program ni...fuhhh...exhausted! itu belum lagi program2 yang uni anjurkan..memang terbaik la penatnya....

namun, segala Cabaran, Penat, Susah yang ditanggung sekarang sudah pasti terbayar apabila kejayaan berada dalam genggaman suatu hari nnti....tidak ada apa pun yang mampu membayar harga pengalaman-pengalaman yang telah terbina semasa dunia sebagai seorang mahasiswa...bersyukurlah kerana kita dipilih untuk merasai nikmat2 tersebut dan diberi peluang untyk terus menimba ilmu di tempat yang sepatutnya... fikirkan juga orang2 yang tidak diberi peluang sedangkan mereka terlalu menginginkan untuk berada bersama kamu bagi menimba secebis ilmu...janganlah menjadi insan yang mendustakan nikmat2 yang diberikan oleh Allah..sedangkan kita tahu nikmat Allah adalah untuk orang2 yang dia sayang....

sekian..wassalam...

*fuhh lega sikit rasanya....walau masih banyak Ikha nak merapu..malam ni biar setakat tu je dulu...
walau tidak ada siapa yang mampu menjadi pendengar setia Ikha...Ikha ada ruangan yang setia ini...mampu menerima apa sahaja yang Ikha ingin tuliskan....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan