SINOPSIS (BAB 1 hingga BAB 36)
Bab Satu (1).
Lili yang akan tamat persekolahan
menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya
dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk
pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati
ibunya.
Bab Dua (2).
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh
ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili
berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke
kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas
Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke
daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa
dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Bab Tiga (3).
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih
awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk
mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut
kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk
tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.
Bab Empat (4).
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman
dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan
nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk
sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama
dengan masyarakat kampung.
Bab Lima (5).
Datuk bercerita tentang keunikan reka
corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita
kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah
pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit.
Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya
berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab Enam (6).
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek
mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain
sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit
bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah
berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka
bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak
dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka
selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila
berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab Tujuh (7).
Nenek membawa Lili ke kedai runcit
Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini,
neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan
pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya
menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini
saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha
menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan
tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab Lapan (8).
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan
dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu
keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu
Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di
gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya
melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang
Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di
surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah
bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab Sembilan (9).
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke
rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat
kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan
sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid..
Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga,
Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains
perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun
datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik
jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan
tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan
terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah
demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya
sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan
rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan
yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu
dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak
dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua
kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk
William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula
sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung
William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari
tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk
bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab
dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda
menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya
nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan
datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila
melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili
mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk
meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun
berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat
antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina
kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup
berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang
alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh
dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung.
Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan
ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek,
dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi
mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki
tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan
perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara
kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak
ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang
perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang
yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin
memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang
datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili
mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid,
tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama
Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang
Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan
itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya,
dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha
untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran
daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap
mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka
tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat
matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya
masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan
ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di
dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah
dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan
akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum
pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi
mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua
buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya
mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan
keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan
lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel
yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji
kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah
nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel
berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala
Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang
di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya
di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini
telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi,
malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula
boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak
Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk
untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak
campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran
ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke
pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke
pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam
bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di
restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman
berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga
memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap.
Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili.
Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah
di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki
bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel
mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki
dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering
menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar,
Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak
lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah
datang menyelamatkan Lili pada waktu malam kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya
dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebasnya dengan
kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti
mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Mereka juga sanggup melakukan kekerasan
dan mengugut ibunya sendiri. Penduduk kampung sering menyumpah mereka dan
berharap agar mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya, nenek tahu
tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca
daripada masalah keluarga yang dihadapi oleh mereka. Sebaik sahaja berjumpa
Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita tentang nasib mereka dua beradik.
Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk kampung merobohkan pondok tempat
persembunyian mereka. Namun, Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh daripada
neneknya, banyak kejadian yang bersifat negatif dan menyedihkan menimpa mereka
sekeluarga. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq
dan Haziq merupakan manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina mereka secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah
mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar
dan kemudiannya merancang pergi ke pekan bersama dengan Abang Rashid.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan
masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan bahawa Haziq teruk dibelasah dengan
tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan
dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana
selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang perkara yang dilakukan oleh anaknya terhadap
Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji
kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah
mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya tetapi dia tidak menolak
pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana
mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa
orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang mereka boleh mengumpat
hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman iaitu suami
Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang
terhadap anak-anaknya tetapi juga terhadap orang lain yang berurusan dengannya.
Kelakuan buruk Seman ialah dia suka berjudi, berhutang, menipu, minum
arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili
melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman
yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa
kubah, dan di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam,
barulah Lili mendapat berita daripada datuk bahawa kubah surau akan dipasang
dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam
kalangan penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di
kampung tersebut sebagai tanda pembangunan. Begitu juga dengan Lili. Datuk pula
tidak kisah sama ada kubah surau atau sebuah masjid yang dibina tetapi perkara
yang penting ilmu-ilmu agama berjaya ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek agar berada di luar, sama ada untuk
melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar
dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut
nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel
datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga
minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api
tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan
lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos
perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah untuk menziarahinya
dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat dibelasah oleh
ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili. Jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah
bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat bahawa terdapat dua cadangan yang perlu
diketengahkan iaitu perlunya di bina sebuah masjid dan melaporkan jenayah yang
dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya.kepada biro pengaduan Datuk
menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat tetapi lebih
memberi tumpuan untuk menghabiskan cuti persekolahannya Danel pula telah banyak
membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal
juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan
kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan dia
perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal dengan mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid.
Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke
rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan
nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah
tetapi masih belum pasti kejadian yang berlaku. Sebaik-baik
sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman yang sedang
berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan
tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman
telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun
yang berani meleraikan ketegangan itu Mereka hanya berani melihat peristiwa
yang berlaku. Che Jah pula memekik sambil minta cerai kerana tidak sabar lagi
dengan karenah suaminya yang sering bertindak melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya iaitu
Seman masih dengan perangai buruknya sebagai kaki judi, sering pulang lewat
malam selain sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru datang berubat
dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol
herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang
penyakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga
puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan
kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan
peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah dengan memanjangkan kes
keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah
Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan
membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut manakala Lili pula akan menjadi
saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan bercadang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada
hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang untuk bertemu dengan Geetha bagi
memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu
dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha
sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau
kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu
lebah, kambing dan pokok vanila yang mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
Kak Mimah telah menghubungi datuk. Selain membincangkan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya
ke penjara. Mereka berbincang tentang cara untuk menangkap suami Che Jah dan
menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah
dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan
Haziq ke halaman rumah, penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk
meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam
keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba
untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq
lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan
rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari. Dia membuat pengakuan untuk dipanjangkan
kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung,
bukannya Rafiq dan Haziq. Che Jah berharap biarlah pihak berkuasa mengambil
tindakan yang wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut
Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil,
dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat
bantuan daripada Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak
mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk kampung agar menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya daripada kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah
dengan menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah
kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan
untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin
memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah
anggap. Haziq semakin pulih daripada keletihan manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Lili berasa puas hati apabila pendapatnya didengar oleh orang dewasa. Mereka
akan membina masjid seperti yang disarankan. Datuk meminta Danel pulang setelah
membantu datuk dan menghilangkan kerisauan ayahnya setelah sehari suntuk tidak
pulang ke rumah. Haziq yang semakin sembuh juga meminta izin untuk pulang bagi
melihat ibunya di rumah. Keesokan harinya, Geetha dan Danel mengajak Lili
melihat matahari terbit.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal pagi. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud
yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak
kisah silam iaitu dari zaman penjajahan hinggalah zaman komunis.
Neneknya iaitu Hajah Aisyah Tan Abdullah pula menceritakan kisah zaman silamnya
yang berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di
Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan
meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun
hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali
semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui kisah tentang
jendela menghadap jalan, manakala Danel pula banyak menulis artikel tentang
pisang.
copy paste untuk dijadikan bahan rujukan dari blog :