o
PLOT
o
Permulaan
·
Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun,
Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan
percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya
ibunya tidak berasa kecil hati.
·
Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel
dan juga Geetha dalam bas.
·
Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa
sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.
o
Perkembangan
·
Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat
penggantian kubah surau.
·
Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan
memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di
kampung datuk.
·
Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk
mendapatkan rawatan secara tradisional.
·
Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya
telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba
tradisional.
·
Danel sering datang untuk membantu nenek memasak
kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat
sedap.
·
Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan
kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan
bahawa datuk tidak berkecil hati.
·
Danel sering menulis artikel tentang pisang.
·
Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun
Berjaya diselamatkan oleh Danel.
o
Konflik
o
Konflik dengan diri sendiri
·
Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari
akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan
tradisional menyebabkan datuk keliru.
o
Konflik dengan orang lain
·
Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu
menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional
berbanding perubatan moden.
·
Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap
suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan
Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang
sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
·
Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya
supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak
gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya,
permintaan ibunya itu dituruti.
o
Klimaks / Puncak
·
Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang
melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq,
namun telahan mereka tersasar.
o
Peleraian
·
Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya
membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
·
Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok
dusun.
·
Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
·
Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
·
Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil
pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
·
Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang
menculik Lili.
·
Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan
tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
·
Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang
ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan