TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Tema novel ini
perjuangan golongan tua dalam masyarakat Melayu tradisional menegakkan
pengamalan ubat-ubatan tradisional bagi menyembuhkan sebarang penyakit.
Penggunaan herba-herba dapat mengubati semua penyakit yang dihidapi dengan cara
mengamalkan pemakanannya, bukan sahaja sesuai kepada penduduk kampung juga
kepada penduduk seperti Puan Hamimah yang menghadapi masalah gout. Khasiat
herba tersebut boleh menjamin kesejahteraan hidup walaupun sebahagian kecil
generasi moden menyangkal kemujarabannya. Herba-herba ini bukan sahaja dimakan
oleh masyarakat Melayu, malah masyarakat lain juga mempercayainya. Herba-herba
tradisional boleh digunakan sebagai petua dalam amalan seharian malah dianggap
dapat menyembuhkan penyakit berat iaitu ketagihan dadah seperti Haziq diberikan
herba sebagai penawar.
Persoalan
1. Persoalan Masalah
Kepincangan Rumah Tangga- seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu
memukul anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka
berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah
berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut
berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai
daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
2. Persoalan Keagamaan – Dalam
perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam.
Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai
raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan
Persahabatan –
Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan
agama dan bangsa.
4. Persoalan Perpaduan
Antara Kaum –
Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin
antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa
perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan
Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra
dan rapat.
5. Persoalan Menuntut
Ilmu Pengetahuan – Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga
merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti.
6. Persoalan Golongan
Muda Yang Terjebak Masalah Dadah – Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah
akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana
ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga
menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan
melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
7. Persoalan Hubungan
Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk
menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang
cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah
dengan dunia Barat sehingga mengganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili
juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya,
menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan Hubungan
Manusia Dengan Alam Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat
mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk
mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk sering disindir
oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang
bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya
sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek
berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa
pengetahuannya.
9. Persoalan Suka
Fitnah Memfitnah Dalam Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain,
yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita
kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti
dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.
10. Persoalan tentang
sikap prihatin - Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga.
Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka
kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering
ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan
Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan
tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
11. Persoalan tentang
masalah sosial penduduk kampung - Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman
dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk
kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
credit to : cuit-cuit bahasa
Tiada ulasan :
Catat Ulasan