selamat datang

Khamis, 16 Oktober 2014

Bisnes Oh Bisnes....

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum WBT...

Entri kali ini berkaitan bisnes....hmmm....

Sekarang...andai dilihat di laman2 maya...ramai sekali yang menjalankan bisnes secara atas talian....pelbagai produk yang mereka tawarkan... Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki...

Saya begitu berminat sekali untuk menyertai urusan bisnes ini... Ingin sekali menceburi bidang keusahawanan ini. Namun saya tidak mengetahui kaedah pemasaran dan teknik yang betul dalam berbisnes ini...Pelbagai produk yang bermain-main difikiran yang saya akan tawarkan anddai saya berbisnes. Namun, saya tidak mempunyai kepandaian untuk memulakannya. Tiada khidmat nasihat yang saya boleh pertimbangkan sebelum memulakan bisnes ini. Pendek kata, walau tidak mempunyai pakar sekalipun, sekurang-kurangnya ada seseorang yang biasa dan tahu dalam bidang ini mampu memberi tunjuk ajar kepada saya cara untuk memulakannya.

Disamping kurangnya khidmat nasihat, saya juga tidak pasti berapa modal yang paling sesuai untuk saya sediakan bagi memulakan sebuah perniagaan online yang dimulakan secara kecil-kecilan. Begitu juga dengan kekangan-kekangan lain seperti pengangkutan dan kemudahan bekalan barang. Saya tidak pasti di mana perlu saya mencari bahan yang menggunakan modal yang paling minimum..

Dalam perancangan yang terdekat ini saya ingin memulakan bisnes jualan online
SHAWL LABUH_PANJANG. Pada pendapat anda, adakah pasaran bagi jualan Shawl ini senang dimasuk oleh golongan yang bakal baru menapak seperti saya ini? Bagaimana untuk saya menarik orang ramai supaya berminat dengan produk saya? ada sesiapa yang boleh bantu saya?

Buntu apabila memikirkan soal pasaran. Sukar sekali untuk menarik dan mencari pelanggan bagi saya. Hal ini kerana, terdapat banyakkk saingan dalam urusan jualan atas talian ini. Sudah terlalu ramai yang menjalankan jualan ini. Namun, saya percaya pada rezeki. Rezeki setiap orang berbeza-beza. Jadi saya berharap rezeki saya juga terselit dalam niat dan perancangan saya ini. Semoga mendapat keberkatan dari Allah Swt.

FAKTOR MEMILIH JUALAN SHAWL LABUH_PANJANG:

> Saya penggemar TEGAR Shawl Labuh_Panjang ^_^
>  Menarik lebih ramai muslimah mengenakan tudung yang lebih labuh
> Mengangkat pemakaian yang lebih mengikuti syarak
> Mengurangkan masalah/gejala sosial
> Memartabatkan imej muslimah di mata masyarakat seluruh dunia
> Menjadikan Muslimah bertudung labuh sebagai ikon yang wajar menjadi contoh kepada generasi
akan datang.
> MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH

WISH ME LUCK!!!!

~ikhaeiika~

Tiada ulasan :

Catat Ulasan